Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita

Posted in Selingan on March 28, 2008 by mindapenembuszaman

muslimahbmp.jpg

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.


Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”
Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”
Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”
“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

HIDUP BERTUHAN 2a

Posted in Kuliah on March 28, 2008 by mindapenembuszaman
berdoa.jpg

……sambungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
TENTANG KETUHANAN

Bila kehilangan kasih sayang, terjadi gangsterism di kalangan anak-anak sekolah. Akibat tidak ada kasih sayang, perpecahan di antara partai politik dan sesama anggota partai makin kentara. Adakah ini dapat diubati dengan dengan kekayaan, nama dan glamour. Maknanya masalah kasih sayang ini tidak dapat diubati dengan kekayaan. Kalau kekayaan dapat mengubati manusia, tidak akan terjadi isteri lari, anak terlibat dadah dll. Kalaulah kekuasaan dapat menjalinkan kasih sayang, maka tidak akan terjadi pemerintah yang paling banyak berjasa, tapi rakyat benci. Inilah akibat masing-masing sudah kehilangan Tuhan.

2. KENALKAN TUHAN DULU BARU KENALKAN SYARIAT

Kita mesti mengenal Tuhan melalui ilmu . Cuba kita lihat sejarah Rasulullah SAW yang berjuang sebanyak 23 tahun, perjuangannya terbagi dua:

1. Memperjuangkan Tuhan selama 13 tahun.
2. Memperjuangkan syariat Tuhan selama 10 tahun.

Padahal Tuhan esa, sedangkan syariat Tuhan beribu banyaknya tapi masa yang diambil untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa erti berjuang bila tidak cinta Tuhan, apa erti solat, bila tidak cinta Tuhan. Apa erti menolong orang tua bila tidak cinta Tuhan. Padahal sayang lebih besar dari menolong. Sayang lebih besar daripada patuh.

Sebab itu kalau sembayang, puasa, naik haji dan lain-lain akan ditolak kalau dibuat tanpa cinta Tuhan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak kenal tuhan dan kalau tidak ada hubungan dengn tuhan. Padahal syariat adalah yang menghubungkan dengan tuhan.

Disinilah kesalahan kebanyakan ulama, para mubaligh dan para pejuang, lebih banyak menceritakan tentang halal, haram. Masih banyak lagi masyarakat yang tidak shalat dan tidak faham tentang tuhan, tiba-tiba mereka hendak menegakkan hukum hudud. Sedangkan hudud ini dalam Islam kedudukannya dihujung. Akibatnya orang takut dengan Islam. Dia belum lagi suka dengan solat, tiba-tiba dikenalkan dengan potong tangan. Sebab itu orang takut.

Karena itu kenalkan dulu Tuhan baru syariat. Kalau sudah cinta dengan tuhan, jangankan solat, nyawa pun dia berikan. Inilah masalah umat Islam seluruh dunia. Banyak pejuang Islam di seluruh dunia, mengenalkan Islam dengan peperangan. Padahal Allah mengutus Rasulullah SAW untuk Islamkan orang, bukan untuk membunuh orang. Rasulullah SAW datang dengan kasih sayang, bukan membawa kebengisan.

Yang sebenarnya lebih baik pendekatan kita adalah untuk mengenalkan dan memberi kefahaman tentang takut dan cinta dengan Tuhan. Hari ini pendekatan para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang, pendekatannya Lebih banyak menceritakan syaraiat daripada menceritakan tuhan. Bila syariat banyak diceritakan, tentang Tuhan hanya sedikit saja, maka kalau ada orang yang dapat menegakkan syariat tapi syariat hanya menjadi ideologi. Akibatnya walaupun banyak solat, naik haji berulang kali tapi perangai tidak berubah. Mengapa solat tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa berjuang tidak melahirkan akhlak mulia? Pergi umrah, naik haji, belajar, baca quran, tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa tidak lahir? Sebab orang beribadah bukan karena mencintai Tuhan. Dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan tuhan, sebab itu beribadah dengan terpaksa.

Setelah kejatuhan empayar Islam 700 tahun, orang hanya mengenalkan syariat saja. Tuhan tidak dikenalkan lagi. Kalaupun hendak mengenalkan Tuhan, hanya mengenalkan saja, tidak sampai rasa cinta, tidak sampai rasa takut, ini penyebabnya. Bahkan orang yang tidak kenal Tuhan, ketika beribadah jemu, maka untuk apa bersyariat.

Sedangkan kalau kita buat kerja untuk orang yang kita kasihi, tidak kenal letih, rasa senang. Susah pun tidak mengapa. Tapi kalau bekerja untuk orang yang bukan kita kasihi, betapa terseksa. Seperti kita buat kerja di pejabat, kita tidak suka dengan boss, betapa seksanya, hendak datang ke pejabat. Tapi kalau kita sayang dengan boss, kita buat kerja tak kenal letih. Begitulah kalau sudah kasih, menjalankan arahannya kita rasa senang, sedekah rasa senang, puasa, solat rasa senang. Kalau kita tidak sayang, maka solat pun tidak terasa indah, tidak rasa senang, sebab tidak kenal dengan Tuhan, tidak kenal dengan yang punya syariat, itu penyakitnya.

Kalau kita sayang dengan orang tua, maka kita tidak tunggu dia hendak beri makan/tidak, apakah dia akan memberi pakaian atau tidak, kita tetap rasa senang. Tetapi kalau kita tidak sayang dengan Tuhan, bila doa kita tidak dikabulkan, kita marah dengan Tuhan. Kita dapat melihat dalam keluarga, anak yang baik, walaupun orang tua tidak memberi, dia tak marah, tapi anak yang jahat, orang tua tidak memberi, dia marah.

Hamba yang baik, Tuhan tidak memberi, tidak apa-apa. Bagi dia, itu bukan satu masalah. Aku ingin berkhidmat dengan Tuhan. Kalau orang yang tak baik, ketika doanya tidak dikabulkan dia protes dengan Tuhan.

Yang sebenarnya kalau orang paham tentang Tuhan, maka yang lazat itu bukan ketika Dia memberi sesuatu, tapi berkhidmat dengan Allah itu yang lazat. Dapat kelazatan berkhidmat itu satu nikmat yang besar. Tapi itu tidak mudah, mesti betul-betul kenal dengan Tuhan. Kalau sekedar beriman saja, tidak akan mencapai taraf itu. Sekedar iman yang sah saja, baru sampai tahap asas. Dari kecil sampai besar iman sampai tahap asas saja, walaupun solatnya banyak, wiridnya banyak, tapi iman tidak berkembang. Sebab itu akhirnya jemu dengan ibadah. Lebih-lebih lagi kalau Tuhan uji, hati pun berkata aku sudah solat, sudah puasa, sudah wirid banyak, tapi Tuhan masih menguji.

Sebab itu para malaikat, walaupun ibadah tidak banyak, hanya satu saja tapi ibadahnya terasa lazat, mabuk, sebab dia kenal Tuhan. Walaupun ibadahnya hanya tasbih saja, tahmid saja tapi terasa lazat. Kalau sujud, sujud saja dia terasa lazat. Malaikat itu hanya satu saja ibadahnya, dia sudah terasa lazat dengan ibadahnya itu, tidak jemu.

Begitu juga dengan Nabi Adam, ketika dia berbuat kesalahan, dia rasa menyesal dan sujud selama 40 tahun, dia tak sadar sebab dia sudah terasa lazat dengan sujud itu.

Karena itu kalaulah kita dapat merasakan sebagaimana yang Tuhan firmankan, Tuhan bersama dengan hambaNYa, di mana saja berada. Maka di mana-mana kita merasakan Tuhan melihat, Tuhan mendengar, dimana saja. Tentu kita tidak akan terganggu dengan hal-hal lain.

Kalaulah kita ibaratkan ada harimau di depan kita, kita sedar di depan kita itu betul-betul harimau, dapatkah saat itu kita teringat makan, teringat isteri, teringat ingin ke pasar dan lain-lain. Tentu tidak dapat. Begitulah juga dengan Tuhan, kalau kita merasa Tuhan itu wujud, mendengar, melihat, maka apa saja tidak akan menganggu kita, seperti wang, pangkat, kekayaan, dan lain-lain.

Sebab itu roh mesti kita hidupkan selalu dengan Tuhan. Rasa bertuhan itu sangat penting, bukan hanya sekedar percaya saja dengan Tuhan.

…….bersambung

 

Rasa Bertuhan (1d)

Posted in Kuliah on March 11, 2008 by mindapenembuszaman

520324354_1d26b51ab5.jpg

……sambungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
IKTIQAD AHLUSSUNAH WAL JAMAAH

Pendahuluan 1d

Iktiqad (faham) kaum Ahlussunah Wal Jamaah yang telah disusun oleh Imam Abu Hasan AlAsy’ari terbagi atas beberapa bahagian yaitu :
Tentang Ketuhanan
Tentang Malaikat-malaikat
Tentang-tentang Kitab-kitab suci
Tentang Rasul-rasul
Tentang Hari Akhirat
Tentang Qadha dan Qadhar

Pembagian yang 6 ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammaad SAW, ketika di tanya oleh seseorang :
Artinya :

Maka beritahulah kami (hai Rasulullah) tentang iman?

Nabi Muhammad menjawab : engkau mesti percaya kepada adanya Allah, melaikat-malaikatNy a, kitab-kitab- Nya, Rasul-rasul- Nya, Hari akhirat dan qadha dan qadhar (nasib baik dan nasib buruk)
Hadits Riwayat Imam Muslim .’

Kita akan hurai satu persatu ke-6 aspek rukun iman tersebut.

TENTANG KETUHANAN

I. AKIBAT KEHILANGAN TUHAN
Di dunia hari ini walaupun manusia percaya dengan Tuhan tapi sudah kehilangan Tuhan. Baik umat Islam maupun bukan Islam, sudah kehilangan Tuhan. Sekalipun percaya Tuhan tapi sudah hilang di hatinya. Padahal kehilangan Tuhan adalah satu musibah yang besar. Tidak ada musibah yang paling besar pada manusia melainkan musibah kehilangan Tuhan. Kalau kehilangan wang, kuasa dan lain-lain. itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia sudah kehilangan Tuhan, cinta Tuhan sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar.

Sedangkan cinta Tuhan itu cinta yang agung. Tuhan itu sangat memberi kasih sayang pada hambanya. Bukti cinta Tuhan pada kita, bila satu pemberian Tuhan tidak ada maka yang lain tidak ada erti. Kalau Tuhan tidak memberi nafas, ertinya kita akan mati. Waktu itu, rumah dan kekayaan sudah tiada erti.

Kehilangan Tuhan, kehilangan kasih sayang
Jadi kalau manusia sudah tidak cinta dan kehilangan Tuhan, padahal Tuhan iru patut dicintai, maka automatik tidak cinta sesama manusia. Kenapa? Atas alasan apa kita dapat mencintai orang lain, sedangkan Tuhan yang sangat berjasa kepada kita, tidak kita cintai.

Kerana itu bila sudah tidak cinta Tuhan, automatik cinta pada sesama manusia sudah tidak murni. Akibatnya kesan negatifnya rerlalu banyak. Tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada perikemanusiaan, keadilan dan kerja sama. Kalaupun ada kerjasama bukan karena cinta, tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin karena ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. Karena itu ikatannya terlalu tipis dan dapat berpecah bila-bila saja.

Orang yang kehilangan Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat bahkan orang yang solat pun sudah kehilangan Tuhan. Walaupun mereka banyak di mesjid, tapi sebenarnya tidak mencintai Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, tidak lahir pemurah, kerja sama, bermaaf-maafan. Akibatnya di dalam masjid pun dapat terjadi pertengkaran dan perkelahian.

Kalau orang yang tidak sayang Tuhan itu orang yang tidak ikut syariat, masih dapat diterima. Tapi apa yang terjadi, yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu adalah di kalangan mereka yang solat, naik haji, umrah dan lain-lain. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah tandanya ikut Islam tapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, bahkan orang yang solat pun sudah terpisah dengan Tuhan. Ibarat seorang anak yang berbuat baik dengan ibunya bukan kerana ingin berkhidmat, tapi kerana ingin memanfaatkan ibunya untuk tujuan dapat harta.

Sebab itu dunia hari ini sudah sangat kronik. Bila cinta tidak ada, maka kasih sayang tidak ada. Sedangkan kasih sayang makanan jiwa. Bila jiwa tidak diberi makan, maka orang kaya akan gila kuasa, sakit jiwa dan tidak ada kebahagiaan. Masalah masyarakat hari ini banyak melanda orang yang bertaraf tinggi, ada kuasa, pemimpin. Antara masalah yang sering dihadapi ialah anak-anak terlibat dadah, isteri lari, isteri tidak taat, masing-masing tidak sehaluan. Perpecahan dalam rumah tangga begitu terlihat nyata. Walaupun ada wang, rumah besar,kedudukan tinggi tapi anak-anak berkelahi satu sama lain .Inilah akibatnya bila Tuhan sudah hilang.Bila cinta pada Tuhan sudah tidak ada, maka hilanglah cinta sesama manusia.

……bersambung

Rasa Bertuhan (1c)

Posted in Kuliah on March 11, 2008 by mindapenembuszaman

z_kitten_mommy_cat.jpg

…….sambungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MUQADDIMAH – 1c


Binatangpun tak boleh dizalimi. Bila mahu sembelih binatang harus menggunakan pisau paling tajam. Begitu hebat disiplinnya. Bahkan pada anjing yang sangat hina pun Rasul menyuruh kita berbuat baik. Hadist ada menceritakan bahwa ada orang masuk syurga karena dia memberi minum anjing yang kehausan.

Setiap orang ada hak masing-masing. Baik itu hak pribadi, agama, hak harta, hak keluarga, hak kebebasan. Itu semua bukan hanya untuk orang islam saja. Tetangga mesti dihormati sekalipun musuh kita. Kasih sayang, perpaduan harus dijaga. Tapi iTulah masalah dunia sekarang ini. Kasih sayang tiada, perpaduan telah punah. Padahal RASULULLAH SAW datang bukan hanya dengan teori, tapi beliau sendiri menunjukkan bagaimana mewujudkan kasih sayang, bagaimana berhubung baik dengan tetangga, berhubungan dengan musuh. Bahkan musuh sakit, RASULULLAH SAW menziarahinya. Musuh yang menganiayanya dibalas dengan kebaikan, bahkan didoakan.

Haram hukumnya bila pokok yang tak bernyawa pun di potong-potong, ditarik daunnya untuk dirosakkan. Apalagilah binatang dan manusia. Umat Islam bahkan dianjurkan untuk berhubungan baik dengan masyarakat sekalipun bukan orang Islam.Umat Islam tak dibenarkan memerangi musuh kecuali musuh yang memulai. Begitulah cantiknya ajaran Islam, tapi sayangnya umat Islam sudah tidak mempraktikkannya. Akhirnya Islam jadi terlihat tidak cantik. Orang Islam dituduh kasar, militan, suka bunuh orang. Jihad sudah disalah artikan. Jihad diertikan mesti bunuh orang. Padahal Rasulullah SAW datang ke dunia mau mengislamkan orang. Tapi kita, mau bunuh orang. Seolah kedatangan Islam yang kita paham itu berlainan dengan yang RASULULLAH SAW ajarkan, sampaikan. Disinilah pentingnya manusia untuk menghayati peranan Rasul dan mengahyati ajaran yang Rasul bawa, agar Islam yang diamalkan sama dengan apa yang Rasul SAW telah bawa pada manusia.

Melalui pendidikan dan asuhan, RASULULLAH SAW telah berjaya menanamkan aqidah penghayatan yang begitu mantap di hati para sahabat hingga bangsa arab jahiliah telah berubah dan dipilih Tuhan untuk mengembang tugas membina empayar Islam kali pertama.

……bersambung

 

Rasa Bertuhan (1b)

Posted in Kuliah on March 10, 2008 by mindapenembuszaman

…….sambungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MUQADDIMAH1b
yaqazah.jpg

Hayati dan Perjuangkan Tuhan

Dalam bab aqidah ini pula, Allah pun memberitahu manusia tentang para malaikat yang peranannya sungguh penting di alam ini. Merekalah yang menjadi wasilah Tuhan. Keberadaan mereka di alam ini sungguh menjadi bukti lagi kebesaran kerajaan Tuhan. Tapi apakah kita sudah betul-betul mengenali peranan penting malaikat ini?

Penanaman aqidah melalui didikan dan asuhan sangat diperlukan, diantaranya yang berkait dengan malaikat ini agar manusia dapat merasakan peranan mereka dalam kehidupan kita. Tuhan pun mengajar kita untuk berucap salam pada mereka sckurangnya 5 kali sehari semalam yaitu kala kita bersalam di setiap akhir sembahyang.

Bagaimana pula pentingnya peranan para Rasul yang perlu manusia hayati?

Sebelum Rasul datang, manusia merasa adanya Tuhan. Tapi tidak tahu Tuhan itu siapa. Datanglah Rasulullah, yang kenal betul Tuhan secara detail. Rasul mengenalkan bahwa Allah lah tuhan manusia. Sebelum itu orang tidak kenal akhirat, tidak tahu malaikat, syurga, neraka, arasy, dan lain-lain, maka RASULULLAH SAW datang untuk mengenalkannya pada manusia. Itu contoh yang besar-besar yang bersifat ghaib. Yang paling beruntung mendapatkan rahmat ini adalah orang yang masukIslam. .Mengenal Allah sebagai Tuhan, itulah rahmat yang paling besar.

Orang yang tidak masuk Islam, tidak mendapat rahmat yang sangat besar tersebut. Mereka hanya dapat rahmat sampingan saja. Yaitu rahmat yang terjadi di dunia. Begitulah kasih sayang Tuhan, rahmat yang terjadi di dunia, walau orang tidak masuk Islampun, Tuhan beri juga. Orang yang tidak melihat akhirat, nikmat dunia itu besarlah padanya. Tapi bagi orang yang beriman, rahmat dunia itu kecil saja baginya. Yang besar itu rahmat akhirat, sebab kalau nikmat di sana kekal abadi dan kalau azab pun kekal abadi. Walaupun orang Islam yang masuk neraka dulu terus ke syurga tak kekal abadi di neraka, seolah-olah macam kekal. Sebab berjuta-juta tahun.Jadi rahmat di dunia ini binatang pun dapat, pokok-pokok dan kayu kayan pun dapat apalagilah manusia. Mengapa? sebab syariat Allah yang disampaikan pada Rasulullah SAW, bila dipraktikkan semua orang boleh terima. Seperti tidak boleh menzalimi orang. Bukan saja tidak boleh zalim dengan orang Islam, dengan orang bukan Islam pun tak boleh zalim.

……bersambung

Rasa Bertuhan

Posted in Kuliah on March 9, 2008 by mindapenembuszaman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MUQADDIMAH – 1

Hayati dan Perjuangkan Tuhan

Mengajak manusia untuk mengenali Tuhan tidak sama dengan mengajak
manusia untuk percaya kepada Tuhan.Hari ini kalau kita tanya pada
orang kafir sekalipun,apakah mereka tahu dan percaya adanya
Tuhan,tentu mereke akan menjawab kami tahu dan percaya.Tapi
seolah-olah Tuhan sudah tidak ada dalam kehidupan mereka.Mereka tidak
merasakan perenan Tuhan didalam kehidupan atau dengan kata lain tidak
peduli kepada Tuhan.Pada perasaan mereka sama saja apakah Tuhan ada
ataupun tidak ada.

Bila orang kenal Tuhan barulah jiwanya hidup semula.Tuhan itu
MahaBerkuasa, Menghidupkan, Mematikan, Mendengar,Melihat, Maha
Besar,Maha Agung,Penyelamat, Penjaga,Pelindun g,yang memberikan
nikmat,yang menurunkan rahmat dan memberikan nikmah,yang mengujudkan
apa saja di dunia ini maupun di akhirat.

Tidak ada satu butir debu pun yang wujud tanpa sepengetahuan Tuhan.
Besarnya Kuasa Tuhan itu, bila Dia berkata jadi maka jadilah, Tuhan
berkata wujud maka wujudlah, Tuhan berkata hidup maka hiduplah, Tuhan
berkata mati maka matilah, Tuhan berkata sihat maka sihatlah, Tuhan
berkata sakit maka sakitlah. Itulah Dia, Tuhan yang menciptakan langit
dan bumi dan menciptakan manusia. Tidak cinta dan takutkah manusia
dengan Tuhannya? Padahal baru sedikit kita melihat sifat-sifat yang
ada pada Tuhan. Jadi kalau manusia ini hatinya sudah merasakan
kehebatan Tuhan, barulah datang cinta dan takut pada Tuhan. Bila dia
akan berbuat hal yang terkecil sekalipun dia akan berpikir dan
bertanya pada Tuhan, apakah Tuhan suka atau tidak. lnilah ubat pertama
kepada manusia. Inilah ubat pertama kepada penyakit-penyakit yang
dicetuskan oleh manusia di dunia ini. Kalau manusia sudah cinta dan
takut Tuhan, manusia tidak berani lagi melakukan hal-hal negatif dan
menyusahkan. Walaupun undang­-undang, peraturan dan hukuman itu
diperlukan, tapi itu adalah jalan terakhir.

Bagi manusia yang sudah terlalu jahat yang bila disebutkan Tuhan pun
tak berkesan lagi. Maka terlalu keliru bila hendak membaiki manusia
tersebut dengan menggunakan peraturan, undang-undang ataupun hukuman.
Sedangkan yang membuat peraruran dan undang-undang itu pun manusia
juga. Apakah yang menghukum itu tidak bersalah? Tidak jahat jugakah?
Apakah dia tidak menimbulkan masalah?

Kadang-kadang orang yang ada kuasa ditangannya itu mereka membuat
lebih banyak kesalahan daripada rakyat yang tidak memiliki kekuasaan.
Apakah yang akan terjadi pada dunia bila yang berkuasa yang
menimbulkan masalah. Siapa yang akan mernikirkan masalah mereka? Tapi
kalau merujuk pada Tuhan, Tuhan kita bersama, maka sesungguhnya rakyat
itu Tuhan juga yang jadikan, orang besar pun Tuhan yang jadikan. Kalau
rakyat tidak dapat melawan kuasa Tuhan, orang besar pun tidak dapat
juga melawan. Akhirnya orang kecil ataupun orang besar, sama-sama
takut dengan Tuhan. Inilah jalan keselamatan untuk manusia. Inilah
jalan kedamaian unnrk manusia. Inilah jalan keharmonian untuk manusia.
Kalau begitu dunia ini perlu kernbali mempromosikan Tuhan. Setiap
manusia di dunia ini perlu memperjuangkan Tuhan. Supaya orang kenal
Tuhan. Supaya manusia cinta dan takut kepada Tuhan. lnilah ubat yang
paling mujarab, inilah kaedah yang paling berkesan. Inilah
formula-formula yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

Pada kenyataannya, hari ini umat Islam, bila hendak memperjuangkan
Islam, syariat diperjuangkan lebih dahulu daripada memperjuangkan
Tuhan. Padahal sepatutnya Tuhan yang dikenalkan lebih dahulu. Cuba
baca sejarah Rasulullah, Baginda menggunakan masa selama 13 tahun
untuk menanamkan iman dan tauhid. Dengan kata lain Tuhan yang Esa itu
diperkenalkan terlebih dahulu kepada umat Arab Jahiliah. Sebab Tuhan
adalah segala-galanya. Bila kita mengenalkan syariat lebih dahulu,
orang menerima Islam tidak secara suka rela tetapi dengan terpaksa,
sebab sudah diikat dengan peraturan ini halal, ini haram dan seterusnya..

Misalnya seorang anak hanya disuruh untuk ambil air, siram bunga,
tidak diceritakan dulu mengapa dia mesti berkhidmat atau membantu
orang tua. Sebab itu dia mengerjakan tugas secara terpaksa. Semestinya
sebelum menyuruh seorang anak menyiram bunga diceritakan dulu bahawa
bunga ini kepunyaan ayah yang telah terlalu banyak jasa, memelihara
dan mencari rezeki untuk dirinya. Sebab itu sudah sepatutnya dia
berkhidmat kepada ayahnya. Kalaulah si anak diceritakan hal ini
tentulah akan dibuat dengan senang hati.

Begitu juga dengan Tuhan. Sebelum dikenalkan dengan syariat,
semestinya dikenalkan dulu dengan yang memiliki syariat tersebut.
Bukan hanya sekadar menghafal dan tahu sifat-sifat Tuhan, wujud,
qidam, baqa dan seterusnya, melainkan mengenal Tuhan hingga dihayati,
sehingga timbullah rasa cinta dan ingin berkhidmat sebagaimana seorang
anak dengan ayahnya tadi. Bila sudah kenal dan cinta maka Tuhan akan
dirasakan sebagai tempat bertanya, merujuk dan terasa akrab.

 

Pembuka Bicara Hamba Allah…

Posted in Intro on March 9, 2008 by mindapenembuszaman

Alhamdulilah…

Terima kasih diucapkan kepada Tuhan, Rabbul Jalil, Tuhan yang mencipta dan menjadikan manusia,dam yang merahmati hamba2Nya sehingga dapat mengizinkan Ana create weblog ini… syukur Alhamdulillah.. Ini juga bersebabkan Izin Allah atas hasrat hati yang sudah lama ingin berbuat demikian… Mudah2an diberi rahmat dan diberi panduan dalam menulis kerana Ana juga hamba Allah yang biasa seperti manusia lain.. tidak terlepas dari kelemahan… Mudah2an.. Amien…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.